5.4.11

insan biasa~~


aku hanya insan biasa
ada masa gembira ada masa kecewa
lalu aku perlu bersedia
agar boleh menerima semua seadanya

aku hanya insan biasa
tidak pernah lari dari salah dan dosa
lalu aku perlu sedar segera
agar tidak berulang untuk kali kedua

aku hanya insan biasa
ingin turut merasa apa itu bahagia
namun aku perlu berusaha
kerna ia tidak akan datang dengan sendirinya

aku hanya insan biasa
berkehendakan itu dan ini
namun satu perkara aku perlu sedari
tidak semua yang dihajati dapat dimiliki

aku hanya insan biasa
lemah dan tidak bermaya
hanya padanya aku meminta
memberi kekuatan untuk menempuh hari seterusnya


30.3.11

kawan~~


kawan
apabila kehadiranmu tidak lagi disukai
kemunculanmu tidak lagi disenangi
kata-katamu hanya menyakitkan hati
terimalah hakikat bahawa kau sudah tidak diperlukan lagi.

kawan
kau pergi membawa diri
pergi jauh meninggalkan kami
untuk merawat jiwa dan hati
agar tidak menyimpan perasaan dendam dan benci.

kawan
janganlah kau kecewa
kau masih ada kami dan keluarga
jatuh bangunmu kami tetap bersama
kerana kita adalah saudara.

kawan
janganlah kau bersedih lagi
kerana pasti ada sebab mengapa ia terjadi
maka kuatkanlah hati
untuk mencari hikmah yang tersembunyi.



:)

cakapcakapbelakang :: katakata ini tiada kenamengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.sekian.