kawan
apabila kehadiranmu tidak lagi disukai
kemunculanmu tidak lagi disenangi
kata-katamu hanya menyakitkan hati
terimalah hakikat bahawa kau sudah tidak diperlukan lagi.
kawan
kau pergi membawa diri
pergi jauh meninggalkan kami
untuk merawat jiwa dan hati
agar tidak menyimpan perasaan dendam dan benci.
kawan
janganlah kau kecewa
kau masih ada kami dan keluarga
jatuh bangunmu kami tetap bersama
kerana kita adalah saudara.
kawan
janganlah kau bersedih lagi
kerana pasti ada sebab mengapa ia terjadi
maka kuatkanlah hati
untuk mencari hikmah yang tersembunyi.
:)
cakapcakapbelakang :: katakata ini tiada kenamengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.sekian.
No comments:
Post a Comment